Followers

Saturday, 10 November 2012

PERKHEMAHAN PRASEKOLAH 2012


80 kanak-kanak prasekolah sertai perkhemahan





JOHOR BAHRU 7 Nov. - Seramai 80 kanak-kanak menyertai Program Perkhemahan Perdana Prasekolah Daerah Pasir Gudang anjuran Johor Port Berhad dan Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang di Savannah Hill Resort, di sini.
Program selama dua hari yang berakhir semalam itu merupakan kali pertama dianjurkan dan turut disertai 20 guru pengiring dari sekolah yang terlibat di Pasir Gudang.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Perkhidmatan Korporat Johor Port, Md. Derick Basir berkata, program itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah tentang cara hidup berdikari.
"Program perkhemahan melibatkan kanak-kanak prasekolah belum pernah dianjurkan di mana-mana peringkat dan kalau ada pun ia sekadar perkhemahan mini dan tidak bermalam, tetapi kali ini kita berikan sedikit kelainan.
"Pada kebiasaannya, program seperti ini hanya melibatkan murid-murid tahun empat ke atas tetapi kali ini ia melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun dan mereka diberi peluang bermalam tanpa ibu bapa masing-masing," katanya semasa menutup program berkenaan.
Md. Derick berkata, para peserta juga diberikan pendedahan tentang konsep khidmat masyarakat dan peserta berjaya menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan halaman rumah seorang penduduk kampung berhampiran.
Beliau berkata, pendekatan seperti itu dapat memupuk keyakinan diri lebih tinggi dan tidak terlalu bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
"Saya yakin menerusi program seumpama ini kita boleh mendidik mereka untuk menjadi lebih berdikari dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi pada masa akan datang," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Johor/20121108/wj_04/80-kanak-kanak-prasekolah-sertai-perkhemahan#.UJzwxfDMK6Y.facebook#ixzz2BqFw61xC
© Utusan Melayu (M) Bhd 



1 comment:

  1. Wah cikgu.. dah ada blog sekarang... tahniah.. cikgu hebat!

    ReplyDelete