Followers

KURIKULUM




MATLAMAT PRASEKOLAH

Pendidikkan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkn serta aktiviti yang menyeronokkan,kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak0kanak agar mereka Berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. 



OBJEKTIF

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga eanam tahun untuk mencapai objektif dalamaspek jasmani, emosi dan social, intelek dan rohani seperti berikut :
  1. Membina kecergasan badan
  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat
  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
  4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  6. Mempunyai kematangan emosi.
  7. Mempunyai konsep kendiri positif dan jati diri.
  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  10. Boleh bekerja secara bersendirian dan bekerja secara berkumpulan.
  11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
  12. Mengamalkan nilai murni
  13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama islam.
  14. Berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidpan seharian.
  15. Meneroka persekitaran dengan menggunakan kemahirn proses sains asas.
  16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan kehidupan seharian
  17. Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  18. Mengembangakan daya kreatif dan estetika.
  19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH MALAYSIA
1970an – KEMAS dan JPNIN memulakan kelas prasekolah awam
1986 – Buku Panduan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
1992 – KPM memulakan Prasekolah
1993 – Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia dikeluarkan oleh KPM
2003 – Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK)
2008/9 – KPK disemak semula
RASIONAL PENYEMAKAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Sistem pendidikan Negara perlu memberi penekanan kepada:
1.    Pembangunan modal insan
2.    Penghasilan pelajar celik minda
3.    Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
4.    Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN
1.    Kurikulum yang relevan dengan keperluan semasa dan cabaran masa depan
2.    Memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan.
3.    Memastikan murid mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh kepada ajaran agama
4.    Memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah
5.    Menjadikan pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan
6.    Memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1.
7.    Menambahbaik Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang sedia ada.




4 comments:

  1. mengadap komputer membuat blog untuk persiapan asgnmnt.. sem ini... perut yang lapar pun, tak sempat berbunyi dek kerana khusyuk membuat blog... yelah.. bukannyer pandai kan so, kena tgk batul2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete